Kesan infrastruktur terhadap kualiti pengawetan bawang merah kecil BAW-1

Category: Bil. 46

Ishak Hashim, Nur Syafini Ghazali, Rosalizan Md. Salleh, Wan Mohd Reza Ikwan Wan Hussin dan Norsyafiqah Rosali

Ringkasan
Kajian awalan ini adalah untuk menilai prestasi tiga kaedah pengawetan bawang merah kecil varieti BAW-1 menggunakan infrastruktur sedia ada di Ibu Pejabat MARDI Serdang untuk tempoh 10 hari. Bacaan purata suhu dan kelembapan bandingan udara di sepanjang tempoh pengawetan untuk kaedah pengawetan semula jadi, pengawetan di dalam makmal dan pengawetan di dalam rumah prapengering masing-masing ialah 29 °C 67%, 25 °C 75% dan 35 °C 60%. Keputusan analisis menunjukkan pengawetan semula jadi memberikan nilai purata peratusan kandungan lembapan yang terendah iaitu 86.30% dan purata peratusan jumlah pepejal terlarut tertinggi iaitu 10.67%. Pengawetan di dalam rumah prapengering pula memberikan nilai bacaan purata daya tekstur 13.26 N yang tertinggi dan purata peratusan kehilangan berat terendah iaitu 12.38%. Pengawetan di dalam makmal pula memberikan kehilangan berat yang tertinggi iaitu 18.16% dan purata daya tekstur yang terendah iaitu 11.78 N. Keputusan penilaian pemilihan kaedah pengawetan terbaik berdasarkan kepada kriteria untuk memperoleh purata peratus kelembapan bandingan dan kehilangan berat terendah, purata daya tekstur dan peratus jumlah pepejal terlarut yang tertinggi telah memberikan kelebihan kepada kaedah pengawetan secara semula jadi. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu petani yang baru menceburkan diri dalam penanaman bawang merah kecil untuk memilih kaedah pengawetan bersesuaian berdasarkan kepada infrastruktur yang sedia ada.

Teks penuh (2.28MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.