Prospek dan cabaran penggunaan dron dalam pertanian daripada perspektif penyedia perkhidmatan

Category: Bil. 46

Rosnani Harun, Engku Elini Engku Ariff dan Syahrin Suhaimee

Ringkasan
Kajian ini dilaksanakan terhadap penyedia perkhidmatan dron di dua kawasan jelapang padi iaitu Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Barat Laut Selangor (IADA BLS). Perkhidmatan yang mendapat permintaan tinggi daripada petani adalah semburan racun diikuti oleh taburan baja, penaburan benih, demonstrasi dan latihan. Kebanyakan perkhidmatan tertumpu kepada pesawah, namun terdapat juga perkhidmatan kepada tanaman lain seperti kelapa, nanas, durian, kelapa sawit dan sayuran. Liputan pasaran perkhidmatan meliputi kawasan dalam dan luar negeri. Dapatan menunjukkan potensi untuk penggunaan dron diperluaskan disebabkan adanya permintaan daripada petani dari luar kawasan. Purata margin keuntungan syarikat penyedia perkhidmatan dron adalah sebanyak 30%. Industri dron didapati mampu memberikan keuntungan kepada syarikat penyedia perkhidmatan dalam pertanian. Keadaan ini boleh menjadi galakan kepada generasi muda untuk menyertai industri perkhidmatan dron kepada petani. Penggunaan dron berpotensi dalam pertanian kerana ia menjimatkan masa dan tenaga buruh operasi penyedia perkhidmatan. Selain itu, penggunaan dron juga dapat mengurangkan risiko pendedahan bahan kimia kepada petani dan pengendali dron. Cabaran utama yang dihadapi oleh pengendali dron adalah kos pembelian dron yang mahal dan kos penyelenggaraan dan baik pulih yang tinggi. Inisiatif daripada kerajaan dan agensi seperti MARDI adalah perlu untuk pembangunan teknologi menggunakan dron tempatan bagi mengurangkan kos dron dalam kalangan penyedia perkhidmatan dan petani.

Teks penuh (271KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.