Kesan jarak mata pengisar koloid terhadap kualiti fizikal puri cili

Category: Bil. 46

Ruwaida Abdul Wahid, Afiqah Aina Rahim, Sharifah Hafiza Mohd Ramli, Masniza Sairi, Faewati Abdul Karim, Ahmad Fadhlul Wafiq Abd Rahman, Sha’fie Bin Alwi, Mohd Hafiz Bin Mohamed Amin Tawakkal, Amir Redzuan Bin Shamsulkamal, Mohd Zaimi Bin Zainol Abidin, Muhammad Aliq Bin Jamaluddin, Mohd Azmirredzuan Bin Sani dan Teoh Chin Chuang

Ringkasan
Artikel ini membincangkan kesan tetapan jarak mata pengisar terhadap kualiti fizikal puri cili, khususnya dari segi pH, jumlah pepejal larut (TSS), kandungan lembapan, warna dan saiz zarah. Puri cili dihasilkan menggunakan pengisar koloid dengan empat tetapan jarak mata pengisar (T1 – T4), bermula dari yang paling kecil (T1) ke yang paling besar (T4). Kajian ini bertujuan untuk menilai bagaimana perubahan jarak bilah ini mempengaruhi ciri-ciri utama puri. Hasil kajian menunjukkan bahawa TSS paling tinggi diperoleh pada tetapan T1 yang menunjukkan pengisaran halus meningkatkan pelepasan bahan larut seperti gula. Warna puri juga lebih cerah dan menarik pada tetapan T1 dan T2. Sebaliknya, apabila pengisaran dilakukan dengan jurang yang lebih besar (T3 dan T4), puri menjadi lebih gelap dan kurang menarik secara visual. Dari segi saiz zarah, T1 menghasilkan zarah yang paling halus, tetapi kurang seragam, manakala T4 menghasilkan zarah lebih kasar tetapi lebih seragam. Nilai pH dan kandungan lembapan pula tidak menunjukkan perbezaan ketara antara tetapan, menunjukkan ia tidak terlalu terpengaruh oleh saiz pengisaran. Kesimpulannya, pengisaran halus menggunakan jarak mata pengisar yang kecil adalah lebih sesuai untuk menghasilkan puri cili dengan kepekatan tinggi, warna menarik dan kualiti keseluruhan yang lebih baik. Kajian ini penting sebagai rujukan untuk pengusaha industri kecil dan sederhana dalam memilih tetapan pengisaran yang optimum.

Teks penuh (1.23MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.