Pemilihan aksesi dan kualiti halia hitam untuk Monograf Herba Malaysia (MHM)
Samsiah Jusoh, Razali Mirad, Mohd Norfaizal Ghazalli, Izlamira Roslan, Zulhairil Ariffin, Mazlina Ramly dan Muhammad Ikhwan Mustaffa
Ringkasan
Kaempferia parviflora atau lebih dikenali sebagai halia hitam (black ginger) telah dipilih sebagai spesies model bagi tujuan penentuan ketulenan dan verifikasi bahan tanaman halia hitam di Semenanjung Malaysia. Kajian ini melibatkan tiga lokasi penanaman iaitu Ibu Pejabat MARDI, MARDI Jerangau dan sebuah syarikat swasta di Selangor. Sampel rizom daripada ketiga-tiga lokasi telah dianalisis menggunakan kaedah HPLC, HPTLC, kandungan abu, nilai ekstraktif, loss on drying serta saringan logam berat, mikrob dan patogen spesifik, hasil analisis menunjukkan terdapat variasi kecil antara sampel yang berkemungkinan disumbang oleh faktor persekitaran yang berbeza di setiap lokasi. Berdasarkan keseragaman dan kualiti profil fitokimia, sampel daripada Ibu Pejabat MARDI menunjukkan keputusan paling optimum dan telah dipilih sebagai spesimen rujukan untuk dokumentari rasmi dalam laman sesawang www.globinmed.com
