Penentuan kandungan 6-gingerol dan 6-shogaol dalam daun, rizom dan akar halia (Zingiber officinale Roscoe var Bentong)

Category: Bil. 46

Sharizan Ahmad, Nurzam Ezdiani Che Hussin @ Zakaria, Hadijah Hassan, Norra Ismail, Hasnisa Hashim, Arif Zaidi Jusoh dan Nor Fadhilah Sapiee

Ringkasan
Halia (Zingiber officinale Roscoe) merupakan antara herba utama yang banyak dikaji dan digunakan secara meluas oleh pengamal perubatan tradisional dan industri farmaseutikal. Sebatian 6-gingerol dan 6-shogaol merupakan dua sebatian bioaktif utama yang terdapat dalam halia. Kandungan bahan ini merupakan penanda aras bagi kualiti halia dan menyumbang kepada aktiviti bermanfaat kepada sistem tubuh badan manusia. Kumpulan gingerol merupakan kumpulan sensitif terhadap suhu kerana strukturnya akan bertukar kepada struktur shogaol apabila suhu ditingkatkan. Kepedasan kumpulan shogaol adalah dua kali lebih berbanding dengan gingerol. Kajian penentuan kandungan 6-gingerol dan 6-shogaol dalam daun, rizom dan akar halia telah berjaya dilaksanakan menggunakan teknik kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC). Data yang telah diperoleh menunjukkan bahawa kandungan 6-gingerol dan 6-shogaol dapat dikesan dalam rizom dan akar halia manakala di bahagian daun ia tidak ditemui. Hasil kajian menunjukkan rizom muda kering merupakan sumber terbaik bagi kedua-dua sebatian, mencatatkan kandungan tertinggi bagi 6-gingerol dan 6-shogaol. Maklumat yang diperoleh boleh digunakan untuk maklumat awal bagi pembangunan produk berfungsi daripada pokok halia oleh pengguna dan penyelidik pada masa hadapan.

Teks penuh (1.00MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.