Teknik salutan mikrob dalam baja pelepasan perlahan untuk tanaman nanas

Category: Bil. 46

Emmyrafedziawati Aida Kamal Rafedzi, Nor Syahidah Md. Sam, Nor Fadilah Abd. Halim, Mohd. Nizam Zubir, Joanna Choo Lee Ying, Noor Shita Desa, Muhammad Hazwan Husaimi dan Ismail Mohd

Ringkasan
Teknik salutan mikrob pada baja pelepasan perlahan merupakan satu inovasi yang menggabungkan mikroorganisma bermanfaat seperti bakteria pengikat nitrogen dan bakteria pelarut fosfat ke dalam butiran baja. Teknik ini menggunakan polimer seperti polivinil alkohol (PVA) dan kanji untuk menyalut mikrob yang melindunginya daripada tekanan persekitaran seperti haba dan kelembapan. Salutan ini memastikan kemandirian mikrob untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan bagi mengekalkan keberkesanannya. Kajian terhadap tanaman nanas menunjukkan bahawa baja pelepasan perlahan nanas bersalut mikrob berupaya menghasilkan buah dengan kematangan lebih awal, kualiti sensori yang lebih manis (nilai Brix lebih tinggi) dan tekstur lebih lembut. Penilaian jangka hayat mendapati populasi mikrob kekal stabil pada 10? cfu/g selama enam bulan, membuktikan tahap kemandirian yang tinggi. Secara keseluruhan, teknik ini bukan sahaja meningkatkan kesuburan tanah dan hasil tanaman secara mampan, malah menjanjikan masa depan pertanian yang lebih produktif dan mesra alam.

Teks penuh (792KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2026 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.