Penentuan pestisid organoklorin (OCP) dalam ikan air tawar dari saliran pengairan padi menggunakan kaedah Gas Kromatografi-Tandem Spektrometer Jisim Terkunci Masa (RTL-GC-MS/MS)
Jamaliah Jaafar, Ngan Chai Keong, Mohammad Shahid Shahrun, Norashikin Basirun, Azrizal A. Rashidi, Nur Syafiqah Adnan, Nur Syarafana M. Tajuddin, Siti Nur Sumayyah Zakman dan Aida Zabri
Ringkasan
Sampel isi ikan daripada enam spesies yang diambil telah dianalisis untuk menguji kehadiran pestisid organoklorin (OCP) menggunakan Gas Kromatografi-Tandem Spektrometri Jisim dengan Masa Penahanan Terkunci (RTL-GC-MS/MS) dalam mod pemantauan reaksi berganda (MRM). Spesies ikan yang terlibat untuk kajian ini ialah Anabas testudineus, Oreochromis mossambicus, Borborymus gonionotus, Clarias macrocephalus, Hemibagrus nemurus dan Notopterus notopterus yang diperoleh daripada tiga lokasi berbeza parit salir buang sistem pengairan padi di jelapang padi Sekinchan. Sebanyak 12 OCP telah disaring daripada sampel ikan tersebut. Keputusan kajian menunjukkan kepekatan endosulfan sulfat dan DDE yang berbeza telah dikesan di pelbagai spesies dan lokasi. Kaedah RTL ini meningkatkankecekapan keseluruhan analisis dengan menyediakan pendekatan yang mudah dan boleh disesuaikan mengikut keperluan analisis. Kaedah ini juga menjimatkan masa dan mengurangkan kerumitan yang kebiasaannya dialami semasa proses penilaian data.
