Penghasilan bahan penjerap karbon teraktif daripada sisa padi
Mohamad Jani Saad
Ringkasan
Penghasilan karbon teraktif jerami (RSAC) dan karbon teraktif sekam padi (RHAC) telah berjaya dihasilkan melalui proses karbonisasi dan diaktivasi menggunakan kalium hidroksida (KOH) dan natrium hidroksida (NaOH). Ciriciri kimia dan fizikal karbon teraktif (AC) telah dikaji dan hasil menunjukkan kandungan karbon AC meningkat setelah pengaktifan kimia dilakukan. Luas permukaan dan isi padu liang AC bertambah selari dengan peningkatan suhu, jumlah karbon, kepekatan agen pengaktifan kimia dan jenis agen pengaktifan yang digunakan. Suhu 850 °C, kepekatan 13% dan agen pengaktifan KOH didapati menghasilkan luas permukaan AC tertinggi. Mikrograf daripada analisis SEM mengesahkan pembentukan struktur berliang yang ekstensif, sekali gus membuktikan potensi AC sebagai bahan penjerap yang berkesan. Secara keseluruhan, kajian ini membuktikan bahawa sisa industri mempunyai potensi besar untuk dijadikan karbon aktif yang berkualiti.
