Penilaian kepelbagaian genetik cendawan tiram MARDI menggunakan teknologi cap jari DNA

Category: Bil. 48

Khairun Hisam Nasir, Ganisan Krishnen, Khairul Asfamawi Khulidin dan Siti Nadhrah Abd Hisham

Ringkasan
Cendawan tiram (Pleurotus pulmonarius) yang telah dibangunkan oleh MARDI mempunyai nilai komersial yang setanding dengan cendawan tiram komersial. Dalam kajian ini, analisis kepelbagaian genetik isolat cendawan tiram dijalankan dengan menggunakan pencetus SSR. Sebanyak 36 pencetus SSR telah dipilih dan dijalankan proses optimisasi PCR. Sepuluh SSR yang berjaya dioptimisasi dan analisis serpihan DNA telah dijalankan ke atas 13 cendawan tiram. Enam pencetus SSR yang polimorfik dikenal pasti dengan kekerapan alel daripada julat 0.1154  0.4231, bilangan alel daripada 7 – 16, kepelbagaian gen daripada julat 0.7781 – 0.9142 dan kandungan maklumat polimorfik daripada julat 0.7471 – 0.9077. UPGMA mengelompokkan 13 cendawan tiram kepada dua kumpulan. Pencetus SSR ini berupaya digunakan sebagai cap jari DNA untuk membezakan cendawan tiram MARDI.

Teks penuh (491KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2026 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.