Saringan dan pengenalpastian varieti padi yang membawa gen Sub1A untuk ketahanan terhadap banjir

Category: Bil. 48

Norliza Abu Bakar, Mohd Zulfadli Sohaime, Mohd Shahril Firdaus Ab Razak, Alny Marlynni Abd Majid, Sew Yun Shin dan Muhamad Ridzuan Abd Rashid

Rumusan
Padi tahan tekanan banjir memainkan peranan penting dalam keterjaminan makanan bagi berjuta-juta orang, terutamanya di negara-negara Asia Selatan yang mengalami banjir dan merupakan fenomena biasa dalam era perubahan iklim yang ketara. Ia membantu mengekalkan tahap pengeluaran makanan semasa bencana yang disebabkan oleh perubahan iklim. Padi tahan banjir adalah satu inovasi dalam pertanian dan sangat penting bagi meningkatkan daya tahan tanaman terhadap perubahan iklim yang ekstrem. Pengenalpastian kebolehupayaan tahan banjir berserta data genotip gen ketahanan banjir Sub1 amatlah penting dalam pembangunan varieti padi baharu. Sebanyak 14 varieti padi Malaysia telah diuji berkaitan tahap toleransi tenggelam dan analisis telah dilakukan terhadap saringan fenotip dan genotip menggunakan enam penanda DNA. Analisis fenotip menyimpulkan bahawa pertumbuhan pucuk ke atas dan kadar pemanjangan yang rendah berkorelasi kuat dengan kadar kemandirian terhadap tekanan tenggelam. Penanda SSR dan CAPS telah digunakan untuk mengenal pasti dan mengesahkan kehadiran gen Sub1, iaitu penanda yang menunjukkan polimorfisme yang tinggi dan sangat rapat dengan sifat toleransi penenggelaman ialah RM8303 sebagai penanda sisi yang sesuai dan GNS2 sebagai penanda berfungsi. Dengan menekankan keterjaminan makanan dan menyokong sumber pencarian pesawah, padi tahan banjir akan memainkan peranan penting dalam mengurangkan kesan banjir di kawasan tanaman padi. Penyelidikan dan pembangunan yang berterusan adalah kritikal untuk meningkatkan varieti padi tenggelam dan amalan penanaman bagi memastikan kemampanan pada masa akan datang.

Teks penuh (1.85MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2026 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.