Potensi hasil varieti bawang merah di tanah gambut
Nurul Shamimi Abdul Ghani, Wan Rozita Wan Engah, Nor Afzan Ramli, Mohd Saiful Nizam Razali dan Ahmad Arif Ismail
Ringkasan
Hasil bawang merah dipengaruhi oleh faktor varieti serta jenis tanah yang menjadi medium pertumbuhan. Tanah gambut mempunyai sifat unik iaitu berasid, kandungan nutrien tidak seimbang serta kapasiti pertukaran kation (CEC) rendah yang boleh mempengaruhi pertumbuhan dan hasil bawang merah. Kajian ini dijalankan bagi menilai prestasi pertumbuhan dan hasil tiga varieti bawang merah terpilih iaitu BAW-1, BAW-2 dan BAW-3 di tanah gambut, di MARDI Pontian, Johor. Ciri yang dinilai adalah berat kering bebawang per rumpun, berat kering individu bebawang, diameter dan panjang bebawang. Varieti BAW-1 memberikan prestasi terbaik dengan berat kering bebawang per rumpun 62.90 g, berat kering individu bebawang 15.77 g serta diameter bebawang 28.42 mm yang dikategorikan sebagai gred B. Sebaliknya, BAW- 2 dan BAW-3 hanya mencapai diameter bebawang sekitar 23 mm (gred C). Kesimpulannya, varieti BAW-1 lebih berpotensi untuk penanaman di tanah gambut berbanding dengan varieti lain, namun strategi pengurusan agronomi khusus masih diperlukan untuk meningkatkan hasil dan kualiti pengeluaran.
