Penilaian keberkesanan urea bersalut terhadap hasil jagung bijian

Category: Bil. 48

Noorsuhaila Abu Bakar, Muhammad Syahren Adzahar, Mohd Khusairy Khadzir, Chan Chee Sheng dan Mohd Hadi Akbar Basri

Ringkasan
Penggunaan baja nitrogen (N) secara berlebihan sering kali berlaku dalam usaha untuk memenuhi permintaan makanan dunia yang semakin meningkat dan juga untuk memaksimumkan hasil tanaman seperti jagung bijian (Zea mays L.). Namun, amalan ini boleh menyebabkan pembaziran sumber dan memberi kesan negatif kepada alam sekitar. Sebagai alternatif, penggunaan baja yang diperkaya seperti urea bersalut dilihat sebagai pendekatan pengurusan nutrien yang lebih efisien untuk meningkatkan hasil tanaman di ladang. Walau bagaimanapun, kadar optimum penggunaan baja jenis ini untuk tanaman jagung bijian masih belum jelas. Sehubungan itu, satu kajian lapangan telah dijalankan bagi menilai keberkesanan urea bersalut dengan baja komersial terhadap hasil jagung, di mana kadar baja N dikurangkan menggunakan urea bersalut dan dibandingkan dengan amalan konvensional (baja komersial) sebagai kawalan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengurangan kadar baja N sebanyak 25% menggunakan urea bersalut menghasilkan prestasi tuaian yang setara dengan amalan konvensional yang menggunakan baja komersial. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa baja urea bersalut berpotensi untuk digunakan secara meluas dalam penanaman jagung bijian. Ia bukan sahaja mampu mengekalkan hasil yang tinggi, tetapi pada masa yang sama mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar disebabkan kehilangan nutrien daripada tanah.

Teks penuh (153KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2026 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.