Pembangunan carta indeks kematangan buah markisa bagi aksesi berbeza (Passiflora edulis dan Passiflora flavicarpa) berdasarkan ciri fizikokimia

Category: Bil. 48

Zaulia Othman, Azhar Mat Noor, Wan Mohd Reza Wan Hussin, Siti Aisyah Abdullah, Mohamad Roff Mohd Noor, Habsah Mohamad, Tham See Lin, Zaipun Md Zain, Hairiyah Mohamad, Junaidah Badri, Roslan Daud dan Zainab Mohd Yusuf

Ringkasan
Teknologi dan maklumat yang dibangunkan adalah bertujuan untuk menyediakan maklumat indeks kematangan bagi aksesi markisa yang dikaji (Desaru, Bukit Redan, Sungai Wangi dan Serdang). Seterusnya carta indeks kematangan dibangunkan bagi setiap aksesi untuk dijadikan sebagai panduan tahap kematangan yang sesuai untuk penuaian. Carta indeks kematangan ini sangat membantu sebagai indikator penuaian pada indeks kematangan yang tepat bagi tujuan makan segar dan pemprosesan. Kajian ini membuktikan bahawa terdapat variasi signifikan antara aksesi markisa tempatan dari segi saiz, berat, keasidan, kemanisan, kandungan vitamin dan warna. Markisa ungu (DS) lebih sesuai untuk dimakan segar kerana keasidan rendah dan jus lebih cerah, manakala markisa kuning (BR, SD, SW) lebih sesuai untuk pemprosesan kerana saiz, berat dan kandungan gula yang lebih tinggi. Buah markisa sesuai dituai untuk tujuan makan segar dan pemprosesan pada minggu kesembilan hingga 10 selepas berbunga (indeks 5 – 6) kerana pada ketika ini saiz dan berat sudah maksimum, keasidan lebih rendah (kurang masam), warna kulit dan jus lebih menarik, kandungan gula (TSS) tinggi dan rasa manis yang optimum. Buah markisa pada minggu ke-11 dan indeks 7 tidak sesuai dituai kerana jus berkurangan, warna jus makin gelap, rind menjadi berspan, kering, kecut dan mula menjadi rosak. Dapatan ini penting untuk membantu pembangunan industri markisa tempatan ke arah pasaran domestik dan eksport.

Teks penuh (2.42MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2026 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.