Pengelasan spesies Dendrobium menggunakan kaedah penanda molekul AFLP

Category: Bil. 1 (2012)

Nor Hazlina Mat Sa’at dan Wickneswary Ratnam

Ringkasan

Hubungan genetik 13 spesies Dendrobium daripada koleksi orkid MARDI ditentukan menggunakan gabungan ciri morfologi dan penanda Polimorfisme Panjang Fragmen Teramplifikasi (AFLP). Hubung kait antara individu bagi setiap spesies (atau lebih dikenali sebagai aksesi) dianggarkan melalui indeks koefisen Jaccard dan analisis pengelompokan UPGMA (unweighted pair group method). Indeks kesamaan Jaccard antara spesies berjulat antara nilai yang rendah (0.14) hingga tinggi (1.00) menunjukkan pangkalan genetik bagi koleksi spesies ini adalah tinggi dan dendrogram yang dijana menghasilkan lima kluster berbeza. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa analisis morfologi sesuai digunakan dalam menentukan hubungan dan pengecaman spesies manakala penanda AFLP sesuai digunakan dalam pengecaman spesies dan mengenal pasti variasi yang wujud dalam aksesi spesies Dendrobium. Maklumat pencapjarian AFLP ini berupaya membantu ahli biak baka dan ahli taksonomi dalam mengenal pasti sesuatu kultivar, memulihara janaplasma dan memilih induk terbaik bagi menghasilkan hibrid yang bermutu.

Teks Penuh (322 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.