Penyediaan medium semaian baharu bagi teknologi penanaman padi secara berjentera

Category: Bil. 5 (2014)

Fauzi Jumat, Muhammad Hariz Abdul Rahman dan Omar Hassan

Ringkasan

Padi merupakan antara tanaman utama dalam bidang pertanian di Malaysia. Pelbagai teknologi dan pendekatan telah dicipta untuk menjamin bekalan makanan utama di negara ini termasuklah penggunaan jentera untuk menanam padi. Teknik menanam padi secara berjentera telah mula digunakan beberapa tahun yang lepas, tetapi tidak secara meluas. Teknik ini mempunyai kelebihannya tersendiri, antaranya adalah mudah menguruskan rumpai dan air. Tetapi, ia juga mempunyai masalah tersendiri antaranya ialah anak benih di dalam bekas semaian hanya boleh bertahan selama 15 hari atau 2 minggu sahaja. Selepas itu, anak benih akan menjadi kekuningan dan layu kerana kekurangan nutrien. Pekerja ladang, petani dan pembekal anak benih juga kerap menghadapi masalah bekalan kerana kebanyakan petani terpaksa menanam anak benih antara 13 – 15 hari umur anak benih dan pembekal pula perlu menghantar anak benih sebelum umur 15 hari dan kerja-kerja ladang pula perlu disiapkan dalam tempoh tersebut. Pengurusan masa adalah sangat kritikal pada masa ini. Masalah ini dapat diatasi melalui granul yang dijadikan medium tanaman anak benih yang dapat membekalkan nutrien yang cukup untuk anak benih bertahan sehingga melebihi 15 hari. Di dalam medium ini juga mengandungi racun sebagai pelindung daripada serangan perosak.

Teks Penuh (245 KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.