Pemprosesan dan pemasaran produk utama lemon myrtle

Category: Bil. 5 (2014)

Ab Kahar Sandrang, Khalisanni Khalid dan Ibrahim Bidin

Ringkasan

Lemon myrtle ditanam untuk menghasilkan daun dan daripadanya dua produk utama dapat dihasilkan iaitu daun kering dan minyak pati. Kaedah pemprosesan untuk menghasilkan kedua-dua produk yang sesuai di negara ini telah dibangunkan. Untuk pengeringan daun, alat yang sama diguna dalam industri teh dipanggil withering trough, manakala untuk penghasilan minyak pati pula alat penyulingan stim digunakan. Lemon myrtle didapati mempunyai potensi pasaran yang lebih besar di peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, kesemua keperluan seperti sijil pengeluaran organik, sijil analisis dan data keselamatan bahan perlu dipenuhi dan dipatuhi.

Teks Penuh (632 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.