Potensi herba dalam merawat, mengawal dan mengurangkan penyakit diabetes

Category: Bil. 10 (2016)

Mohd Waznul Adly Mohd Zaidan dan Siti Maryam Othman

Ringkasan

Penyakit diabetes merupakan penyakit gangguan metabolik yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia pada masa kini. Gaya hidup dan pengambilan makanan bergula dan berlemak tinggi menyumbang kepada risiko penyakit diabetes. Kebergantungan kepada ubat-ubatan antidiabetes yang diimport dari luar negara bagi merawat dan mengurangkan gejala penyakit ini melibatkan kos jutaan ringgit bagi menampung permintaan yang semakin bertambah dari sehari ke sehari. Untuk mengurangkan kebergantungan terhadap ubat-ubatan yang diimport, herba tempatan dilihat mempunyai potensi yang besar dan boleh digunakan dalam pembangunan ubat-ubatan atau makanan berfungsi bagi mencegah, mengubati dan mengurangkan penyakit diabetes ini. Kepelbagaian biodiversiti yang terdapat di Malaysia dan pelbagai komponen fitokimia yang terkandung dalam herba tempatan dilihat sebagai satu potensi besar yang boleh dieksploitasi bagi membangunkan ubat-ubatan berasaskan herba tempatan. Kajian saintifik moden merupakan pendekatan yang diperlukan dan diaplikasi dalam mengesahkan keselamatan dan keberkesanan herba tempatan sebagai kaedah perubatan alternatif daripada sumber semula jadi tempatan.

Teks Penuh (302 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.