Pemprosesan minuman jus tembikai

Category: Bil. 10 (2016)

Nur Farah Hani Muhamad, Wan Nur Zahidah Wan Zainon, Nur Ilida Mohamad, Saniah Kormin, Nurasmaliza Mohd Akhir, Muhammad Shah Ali dan Noreenyusnita Md Najib

Ringkasan
Jus tembikai biasanya diminum secara segar, tetapi mudah rosak apabila disimpan pada suhu bilik. Walau bagaimanapun, dengan cara pemprosesan dan pembungkusan yang betul, minuman jus tembikai yang dibangunkan membolehkannya disimpan pada suhu bilik dan tahan lama berbanding dengan jus tembikai segar. Selain itu, minuman jus tembikai ini unik kerana di dalamnya terdapat campuran jus isi dan jus kulit tembikai. Ini adalah salah satu langkah bagi menyahut saranan kerajaan untuk mengurangkan sisa buangan kerana biasanya kulit tembikai akan dibuang setelah isinya dimakan. Minuman jus tembikai berpotensi untuk dikomersialkan seperti produk minuman buah-buahan lain yang ada di pasaran. 

Teks Penuh (225 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.