Potensi minyak pati tumbuhan sebagai agen antimikrob untuk pembangunan penyalut makanan

Category: Bil 14

Siah Watt Moey dan Ashahida Amran

Ringkasan

Pencemaran makanan terutamanya pada permukaan kerap berlaku selepas pemprosesan akibat kecuaian semasa pengendalian. Akibatnya makanan mengalami kerosakan dalam tempoh yang singkat dan menyebabkan pembaziran. Penyalut makanan yang ditambah minyak pati tumbuhan sebagai agen antimikrob berupaya menangani masalah ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa minyak pati kayu manis, serai wangi dan cengkih berupaya merencat pertumbuhan mikroorganisma yang dikaji. Minyak pati kayu manis mempunyai kuasa perencatan yang paling tinggi diikuti dengan serai wangi dan cengkih. Maka minyak pati mempunyai potensi untuk ditambah ke dalam penyalut makanan untuk merencat pertumbuhan mikroorganisma dan seterusnya melanjutkan jangkamasa simpanan makanan. 

Teks Penuh (433 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.