Jabuticaba: Tanaman eksotik Cameron Highlands

Category: Bil 14

Mohamed Hafeifi Basir, Zulhazmi Sayuti, Hanim Ahmad, Norsyuhaida Ahmad Shafawi, Erny Sabrina Mohd Noor dan Intan Nadhirah Masri

Ringkasan

Jabuticaba (Myrciaria cauliflora) adalah tanaman eksotik yang berasal dari Brazil dan dikategorikan sebagai tanaman yang lambat membesar. Pokok ini telah diperkenalkan sekitar tahun 1970-an dan telah ditanam dalam skala ladang kecil di Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands sekitar tahun 2000. Tanaman ini mengeluarkan buah seakan-akan buah anggur pada bahagian batang dan dahan. Kaedah pembiakan biji benih dipraktikkan untuk mendapatkan anak pokok yang sihat. Tanaman Jabuticaba yang unik ini boleh dijadikan sebagai tanaman hiasan landskap dan dengan sedikit kreativiti, pokok ini boleh dijadikan bonsai yang menarik. Analisis makmal mendapati buah dan biji Jabuticaba ini bernutrisi tinggi dan boleh dieksploitasi untuk dijadikan sebagai makanan tambahan. Oleh itu, tanaman eksotik Jabuticaba adalah penting untuk diberi perhatian dalam penyelidikan dan pembangunan tanaman komersil baharu di Malaysia.

Teks Penuh (299 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.