Teknologi kiub gambut dalam pengeluaran bahan tanaman

Category: Bil 14

Ab Kahar Sandrang, Puteri Aminatulhawa Megat Amaddin, Farahzety Abdul Mutalib, Mohammad Abid Ahmad, Hanim Ahmad, Zulhazmi Sayuti dan Mohamad Rais Hasan

Ringkasan

Penghasilan bahan tanaman yang berkualiti serta efisien merupakan komponen penting dalam industri hortikultur. Semaian yang dibuat dalam ‘plug’ dan pembesaran pokok (bunga semusim) menggunakan polibeg merupakan kaedah yang diamalkan di negara ini. Kaedah ini dikatakan kurang efisien dari segi penggunaan ruang, tenaga dan isu pencemaran daripada plastik. Kualiti anak benih terjejas apabila waktu mengalih tidak tepat. Teknologi kiub gambut yang baharu diperkenalkan di negara ini dikatakan dapat menangani isuisu tersebut. Walaupun baharu diperkenalkan, ternyata teknologi ini berpotensi untuk digunakan dalam pengeluaran secara komersil serta secara kecil-kecilan seperti perkebunan di rumah. Sekiranya teknologi ini telah dibangunkan sepenuhnya, di mana pengeluaran dilakukan sepenuhnya dengan mesin, pergantungan kepada tenaga buruh dapat dikurangkan. Dengan adanya teknologi ini juga, pengeluaran dapat dijalankan secara setempat, apabila keperluan setiap pengusaha untuk membina tapak semaian tiada lagi dan merupakan satu langkah ke arah transformasi dalam sektor pengeluaran bahan tanaman. 

Teks Penuh (392 KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.