Penentuan kandungan antinutrien (oksalat) menggunakan kaedah kromatografi cecair prestasi tinggi (HPLC)

Written by Mahani

Mohd Zulkhairi Azid, Razali Mirad dan Siti Aisyah Mohd Noor

Ringkasan

Oksalat merupakan salah satu sebatian antinutrien yang terikat dengan mineral berkhasiat di dalam badan seperti magnesium, potasium dan kalsium. Oksalat terbahagi kepada dua jenis iaitu oksalat terlarut dan oksalat tidak terlarut. Kepekatan oksalat terlarut yang tinggi di dalam urin akan menghablur dan menjadi oksalat tidak terlarut (kalsium oksalat). Oksalat tidak terlarut ini akan termendak di dalam buah pinggang manusia dan bertukar menjadi batu karang. Diet yang tidak terkawal dan tinggi kandungan oksalat akan memudaratkan kesihatan manusia. Kandungan oksalat dalam sumber makanan dapat ditentukan dengan menggunakan kaedah kromatografi cecair prestasi tinggi (HPLC). Kaedah ini sangat disarankan bagi mengukur kandungan oksalat dalam makanan kerana lebih tepat dan dapat menjimatkan masa di samping penyediaan sampel yang sedikit. Prosedur pengekstrakan dan parameter HPLC yang telah dibangunkan dan diubah suai oleh makmal fitokimia bawah Pusat Penyelidikan Agrobiodiversiti dan Persekitaran diharapkan dapat membantu penyelidik dan pelajar yang ingin memulakan kajian kandungan sebatian antinutrien ini.

Teks penuh (532 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.