Pemprosesan pulut panggang Sibu sejuk beku

Written by Mahani

Chua Hun Pin, Nicholas Daniel, Suzalyna Mos, Majelan Serudin, Teresa Anie Meng, Zakaria Abdul Rahman, Hazijah Mohammad Hossen dan Lorne Kadut

Ringkasan

Masyarakat Sarawak terkenal dengan kepelbagaian produk makanan tradisional. Pulut panggang Sibu adalah sejenis kudapan tradisional yang popular di bahagian tengah negeri Sarawak. Diperbuat daripada beras pulut dan santan, pulut panggang Sibu kini sering dijadikan buah tangan oleh para pelancong. Pulut panggang Sibu mempunyai potensi tinggi untuk diketengahkan sebagai salah satu produk signatur negeri Sarawak. Namun, penambahbaikan diperlukan khususnya dari segi teknologi pembungkusan baharu bagi memanjangkan hayat simpanan dan meningkatkan lagi nilai komersial. Teknologi pemprosesan sejuk beku diperkenalkan memandangkan produk sejuk beku mempunyai pasaran besar selepas produk bakeri dan tenusu dengan peningkatan kuantiti jualan tahunan purata sebanyak 3.7%. Kelebihan teknologi ini termasuk pengendalian yang mudah dan sesuai untuk pasaran domestik dan juga eksport. Pulut panggang Sibu sejuk beku ini boleh disimpan melebihi tempoh enam bulan tanpa menggunakan bahan pengawet. Kajian kebolehlaksanaan menunjukkan teknologi ini berpotensi tinggi dengan pulangan keuntungan menjangkau 100 – 140%.

Teks penuh (304 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.