Teknik pengumpulan dan analisis gas rumah kaca (GHGs) bagi tanaman padi di Malaysia

Fauzi Jumat, Mohd Fairuz Md Suptian, Mohamad Hariz Abdul Rahman, Mohd Saufi Bastami, Azizi Ahmad Azmin, Mardhati Mohammad dan Mohd Ghazali Rusli

Ringkasan

Industri padi dan beras negara telah berkembang pesat sejak selepas merdeka. Namun begitu, tanaman utama negara ini juga telah menyumbang kepada pembebasan gas metana (CH4) yang merupakan salah satu gas yang menyebabkan pemanasan global. Laporan IPCC menyatakan Malaysia telah menyumbang 5% pembebasan gas rumah kaca (GHG) dalam sektor pertanian yang merangkumi tanaman padi dan juga ternakan. Sebelum ini, kita menggunakan Nilai Asal (Default Value) daripada IPCC dan juga meminjam nilai faktor emisi dari negara jiran seperti Thailand iaitu 17 g/m2. Berdasarkan laporan BUR terkini, nilai pembebasan GHG bagi tanaman padi ialah 1877.35 KtCO2eq manakala bagi sektor ternakan pula ialah 2919.06 KtCO2eq. Berdasarkan maklumat ini, sebagai negara membangun Malaysia sepatutnya mempunyai nilai emisi tersendiri bagi tanaman padi. Ini adalah kerana beras merupakan sumber makanan utama negara. Melalui RMK-11, dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli (NRE) satu kajian bagi mendapatkan nilai faktor emisi tempatan bagi tanaman adi telah dilakukan. Kajian ini melibatkan teknik-teknik pengambilan gas, pembangunan kebuk pengumpulan gas dan juga analisis gas CHtanaman padi.

Teks penuh (467 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.