Penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan produk makanan kesihatan semula jadi dari sumber tanaman kunyit hitam

Zuraida Ab Rahman, Ayu Nazreena Othman, Shazwan Abd Shukor, Chandradevan Machap, Razali Mirad, Mohd Suhaimi Alias, Norma Hussin, Nur Syafiqah Suraya Razali dan Fazilatun Abdul Malek

Ringkasan
“Black ginger” (Kaempferia parviflora) merupakan tumbuhan herba daripada kumpulan keluarga Zingiberaceae. Di Malaysia ramai yang memanggilnya sebagai kunyit hitam dan merupakan tumbuhan dwitahunan dengan rizom di bawah tanah dan berciri hitam ungu yang mudah didapati dan tumbuh di Asia Tropika. Hasilan kajian dan ujian toksisiti melalui R&D di MARDI ke atas model tikus dan sel kultur di makmal menunjukkan ekstrak kunyit hitam adalah tidak bersifat toksik. Keunikan kunyit hitam adalah terletak pada kandungan fitokimia semula jadi yang bernilai tinggi. Hasil kajian telah menemui komponen penting yang berharga iaitu methoxyflavone yang terbukti dapat memberi tenaga segera malah dapat merawat dan mencegah banyak penyakit. Produk hasil R&D MARDI ini telah berjaya memenangi banyak anugerah dan diberi pengiktirafan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan penyempurnaan perasmian oleh YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau pada Anugerah Tahun Pengkomersialan Malaysia 2017 (MCY 2017) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 12 – 13 Disember 2017.

Teks penuh (1.81MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.