Teknik pengekstrakan dan analisis kimia minyak gaharu daripada kayu karas

Mohd Nazrul Hisham Daud, Norma Hussin, Mohd Lip Jabit, Jamaliah Jaafar, Rosli Mohd Abu dan Mohamad Jazam Toib Rosla

Ringkasan

Minyak gaharu boleh diperoleh daripada serbuk kayu karas melalui teknik rendaman menggunakan air osmosis berbalik yang mengambil masa selama 14 – 40 hari dan teknik penyulingan selama 32 jam pada suhu 100 °C. Hasil penyulingan yang diperoleh terdiri daripada campuran minyak gaharu dan air yang dipisahkan menggunakan turus pemisah. Minyak gaharu yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan kromatografi gas spektrometri jisim(GCMS). Daripada analisis, lapan sebatian kimia utama telah dikenal pasti iaitu 4-fenil-2-butanon, ?-agarofuran, ?-agarofuran, ?-guaiene,4-(4-metoksifenil)-2-butanon, agarospirol, aristolen dan eudesmol.

Teks Penuh (366 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2019 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.