Mil daun dan batang keledek sebagai makanan ayam penelur

Mardhati Mohammad, Noraziah Mokhtar dan Wong Hee Kum

Ringkasan

Masalah utama industri ternakan di Malaysia adalah kebergantungan penternak dan pengeluar makanan ternakan kepada bahan mentah import seperti jagung, kacang soya dan mil ikan sebagai sumber tenaga dan protein bagi memenuhi keperluan pertumbuhan ternakan. Harga bahan-bahan ini tidak menentu dan bergantung kepada pasaran dan permintaan dunia. Pada tahun 2008, berlaku kekurangan bekalan bahan mentah makanan ternakan disebabkan negara China dan India mengehadkan kuota eksport tepung gandum, jagung dan mil kacang soya. Satu kajian pemakanan ayam penelur yang diberi makanan yang mengandungi bahan sampingan keledek iaitu mil daun dan batang keledek pada aras penambahan yang berbeza telah dijalankan. Dua jenis makanan yang berbeza telah diberi kepada dua kumpulan ayam penelur; iaitu makanan berasaskan jagung dan kacang soya sebagai kumpulan kawalan (T1) dan makanan mengandungi 5% mil daun dan batang keledek (T2). Kajian menunjukkan pertambahan mil daun dan batang keledek sebanyak 5% dalam makanan ayam penelur tidak menyebabkan perbezaan ketara terhadap prestasi peneluran dan nisbah penukaran makanan (FCR).

Teks Penuh (1155 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2019 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.