Pengurusan bersepadu perosak, penyakit dan rumpai dalam pengeluaran mampan tanaman padi
Badrulhadza Amzah, Siti Norsuha Misman, Maisarah Mohamad Saad, Azmi Man, Allicia Jack, Mohd Fitri Masarudin dan Chong Tet Vun
Abstrak
Pada masa kini, usaha untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi menghadapi pelbagai cabaran. Antaranya adalah masalah serangan perosak, penyakit dan infestasi rumpai. Pendekatan kawalan dan pengurusan yang bersepadu adalah penting untuk mengatasi masalah ini. Pendekatan ini juga merupakan satu kriteria utama dalam mencapai pengeluaran padi yang mampan. Artikel ini menerangkan jenis kawalan dan pengurusan perosak dan penyakit yang disyorkan serta kepentingan mengintegrasikan kaedah ini dengan amalan penanaman. Artikel ini juga memberi panduan berkenaan langkah-langkah yang perlu diambil dan diikuti oleh petani dalam sistem pengeluaran padi yang mampan yang menyatukan kaedah pengurusan perosak, penyakit dan rumpai secara menyeluruh. Cadangan panduan ini adalah berdasarkan hasil kajian penyelidikan yang dilaksanakan oleh MARDI.
Teks Penuh (186 KB)