Pemprosesan filet sejuk dingin ‘super’ daripada ikan aruan tasik sistem sangkar laut terbuka

Ashadi Yaacob @ Ramli, Che Rohani Awang dan Mohd. Yusof Ngah

Ringkasan

Sejuk dingin ‘super’ merupakan salah satu kaedah bagi memanjangkan jangka hayat filet ikan selain daripada kaedah penyejukbekuan dan sejuk dingin konvensional. Kaedah ini telah dipraktikkan di negara ’Scandinavian’ dan negara beriklim sejuk bagi menjamin mutu, kualiti dan jangka hayat filet ikan ketika penghantaran dan penyimpanan. Berdasarkan kajian, kaedah sejuk dingin ‘super’ ini dapat memanjangkan jangka hayat filet sehingga lima kali ganda daripada kaedah sejuk dingin konvensional. Suhu sejuk dingin ’super’ yang dipilih bagi tujuan penyimpanan adalah pada suhu –2 °C dan –4 °C. Filet sejuk ‘super’ dipek menggunakan beg tahan regang nilon/LLDPE secara vakum. Kajian menunjukkan filet cobia sejuk dingin ‘super’ dengan suhu penyimpanan –4 °C diterima sehingga 56 hari berbanding dengan sejuk dingin konvensional hanya 14 hari penyimpanan.

Teks Penuh (279 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2018 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.