Penghasilan vermikompos menggunakan bahan sisa buangan pertanian

Intan Nadhirah Masri, Noor Haslizawati Abu Bakar, Wan Abdullah Wan Yusoff dan Mohamed Hafeifi Basir

Ringkasan

Vermikompos adalah satu teknik penghasilan kompos dengan bantuan spesies cacing tanah. Teknik ini melibatkan proses penguraian sisa pertanian di mana cacing menghasilkan bahan buangan organik (wormcast) yang digelar vermikompos. Teknik penghasilan vermikompos berskala kecil yang dibangunkan di MARDI Cameron Highlands telah berjaya mengeluarkan kompos yang berkualiti tinggi dalam tempoh 4 – 6 bulan. Dalam tempoh tersebut, cacing African Night Crawler (ANC) yang digunakan telah berjaya menurunkan nisbah C:N kepada 14:1 serta kelembapan sekitar 13%. Kandungan nutrien makro iaitu N (1.73%), P (0.79%) dan K (1.69%) juga setanding dengan kandungan dalam baja organik yang lain. Nutrien yang dihasilkan melalui teknik ini boleh diklasifikasikan sebagai baja organik kerana seluruh proses pembuatannya dihasilkan secara semula jadi dan tidak melibatkan bahan kimia. Dengan itu, vermikompos boleh digunakan sebagai bahan perapi tanah. Dengan kaedah ini, sisa pertanian boleh dikitar semula menjadi baja organik yang bermutu tinggi. Vermikompos boleh juga dijadikan sebagai medium tanaman bagi menanam bunga dan sayur- sayuran.

Teks Penuh (278 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.