Pemencilan dan pengelasan morfologi kolifaj daripada sampel makanan

Nur ilida Mohamad, Mohd Effendi Mohamed Nor dan Nur Baizura Sa’dom

Ringkasan

Bakteriofaj adalah sejenis virus yang secara eksklusifnya menjadikan bakteria sebagai sasaran dan tempat pembiakannya. Bakteriofaj yang menjangkiti bakteria Escherichia coli dikenali sebagai kolifaj. Kebelakangan ini, potensi penggunaan bakteriofaj untuk mengawal bakteria yang penting untuk kualiti dan keselamatan makanan semakin mendapat perhatian. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memencilkan kolifaj daripada sumber makanan tempatan yang berpotensi digunakan untuk kawalan biologi terhadap E. coli dalam industri makanan pada masa depan. Kolifaj yang telah berjaya dipencilkan kemudiannya dikaji morfologinya di bawah mikroskop elektron transmisi bagi tujuan pengelasan.

Teks Penuh (378 KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2018 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.