Perreiraara Tun Dr Juhar: hibrid trigenerik baharu orkid berpasu

Rozlaily Zainol, Farah Zaidat Mohd Nadzri, Nor Afzan Ramli, Noraimi Nordin dan Najah Yahaya

Ringkasan

Hibrid orkid intergenerik telah dihasilkan daripada kacukan dua genera berbeza, Aerides lawrenceae dengan Vandachostylis Five Friendships. Induk Aerides lawrenceae adalah sejenis orkid liar endemik dari Filipina yang menghasilkan bunga berbau wangi manakala induk Vandachostylis Five Friendships pula adalah hibrid yang popular di kalangan pencinta orkid. Hibrid ini mengeluarkan bunga yang menarik, berwarna putih kemerahjambuan yang sedikit harum dan bersaiz sederhana lebih kurang 5 cm lebar yang terbit pada batang yang bersaiz sederhana. Jambangan bunganya boleh tahan sehingga satu bulan di pokok. Sifat bunganya yang tahan lama dengan warna lembut dan menarik serta sedikit berbau harum menjadikan hibrid ini istimewa. Hibrid ini telah didaftarkan dengan Penguatkuasa Pendaftaran Antarabangsa Hibrid Orkid di United Kingdom pada April 2015.

Teks Penuh (466 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.