Weed-roller: alat aplikasi racun rumpai di kawasan penanaman padi aerob

Chong Tet Vun, Baharudin Abas dan Nurul Ain Abdul Aziz

Ringkasan

Weed-roller telah dibangunkan sebagai satu alat aplikasi racun rumpai untuk tanaman padi aerob. Alat ini boleh diguna pakai untuk semua jenis racun rumpai, sama ada jenis sistemik atau sentuhan untuk mengawal rumpai di kawasan padi aerob tanpa menghasilkan kesan fitotoksik kepada pokok padi aerob. Alat ini sangat sesuai digunakan untuk mengawal rumpai padi aerob yang susah dikawal dengan racun rumpai yang biasa digunakan dalam sawah berair. Ia boleh dipasang pada semua penyembur racun tradisional. Kadar output adalah kira-kira 550 ml/minit, iaitu bersamaan dengan penyemburan racun tradisional (1 bar, nozzle kipas jet).

Teks Penuh (316 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2018 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.