Teknologi peningkatan ketahanan betik terhadap serangan patogen mati rosot betik melalui aplikasi bahan kimia dan protein rekombinan

Norliza Abu Bakar, Rafidah Badrun, Mohd Zulfadli Sohaime dan Mohd Waznul Adly Zaidan

Ringkasan

Betik merupakan buah yang sangat berkhasiat dan mempunyai pasaran luas sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Betik mempunyai kepentingan ekonomi yang besar di Malaysia. Pada satu masa dahulu, Malaysia merupakan salah satu negara pengeksport betik utama dengan menguasai 21% pasaran dunia. Walau bagaimanapun, pengeluaran betik di Malaysia menghadapi ancaman utama penyakit mati rosot betik oleh bakteria patogen yang menyebabkan penurunan dalam penanaman dan pengeluaran betik. Walaupun penyakit mati rosot ini merupakan salah satu faktor utama yang mengehadkan pengeluaran betik di Malaysia, pengetahuan mengenai mekanisme pengawalan jangkitan penyakit dan cara ia merebak adalah amat terhad/sedikit. Pengurangan jangkitan oleh patogen dari satu plot ke plot yang lain hanya boleh dicapai dengan memusnahkan tumbuhan yang dijangkiti dan juga amalan kitaran tanaman serta melalui pelaksanaan sistem perladangan yang baik. Teknologi berasaskan kerintangan perolehan sistemik atau SAR sedang diimplementasi di MARDI bagi meningkatkan pertahanan pokok betik semasa serangan patogen penyakit mati rosot betik. Kaedah ini dihasilkan melalui aplikasi foliar samada bahan kimia atau protein rekombinan bakteria. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan tahap toleransi terhadap patogen selepas aplikasi bahan kimia dan protein rekombinan terpilih. Kajian yang dijalankan juga berjaya memperoleh penanda molekul yang berfungsi untuk mengenal pasti pengaktifan mekanisme SAR. 

Teks Penuh (454 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.