Penanaman kubis bunga secara fertigasi di tanah rendah

Yaseer Suhaimi Mohd

Ringkasan

Bunga kubis atau cauliflower (Brassica oleracea L. cv groups) merupakan sejenis sayuran daripada keluarga Cruciferae. Penanaman kubis bunga secara fertigasi di tanah rendah telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Penanaman kubis bunga secara fertigasi di tanah rendah hendaklah dijalankan di bawah struktur pelindung hujan (SPH) bagi mengelak penyakit kulat. Bergantung kepada varieti, tanaman kubis bunga secara fertigasi boleh dituai selepas 70 – 100 hari selepas dipindahkan ke polibeg. Prestasi purata hasil sepokok ialah 0.65 kg. Pengusaha perlu mencapai prestasi hasil yang optimum bagi mendapat modal pelaburan dalam masa yang singkat. Penanaman kubis bunga juga boleh diintegrasikan bersama tanaman lain bagi memaksimumkan penggunaan ruang di bawah struktur pelindung hujan untuk menjana hasil tambahan kepada pengusaha. Penanaman kubis bunga menggunakan sistem fertigasi di struktur pelindung hujan dapat memberi hasil dan pertumbuhan pokok yang baik.

Teks Penuh (419 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.