Penghasilan karotenoid oleh bakteria fotosintetik

Mohd Effendi Mohamed Nor

Ringkasan

Karotenoid merupakan pigmen tumbuhan yang wujud dalam semua tumbuhan peringkat tinggi dan alga serta beberapa mikroorganisma seperti bakteria fotosintetik dan fungi. Karotenoid penting kepada organisma fotosintetik kerana berfungsi sebagai penyerap cahaya untuk proses fotosintesis dan melindungi membran fotosintetik daripada cahaya dan radikal bebas serta memberikan warna yang menarik seperti kuning, jingga dan merah pada kebanyakan buah, bunga, akar, alga, kulat dan sesetengah bakteria. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penghasilan karotenoid oleh bakteria fotosintetik antaranya ialah pH, sumber karbon dan nitrogen, suhu serta keamatan cahaya. Dalam kajian yang telah dilakukan untuk melihat kesan sumber nitrogen dengan kepekatan berbeza terhadap penghasilan karotenoid oleh bakteria fotosintetik, didapati sumber nitrogen berlainan dengan kepekatan berbeza mengaruh penghasilan jumlah karotenoid yang berbeza. Dalam tubuh manusia dan haiwan, karotenoid menyediakan aktiviti antioksida yang boleh melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas dan menjadi sumber utama vitamin A terutamanya beta-karotena. Karotenoid juga melindungi tubuh daripada kanser hati, kulit, uterus, serviks, saluran gastrointestinal dan katarak.

Teks Penuh (444 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.