Kontaminasi mikotoksin dalam produk makanan dan pertanian di Malaysia

Noor Fadilah Mohd Bakri

Ringkasan

Mikotoksin adalah sejenis toksin yang terhasil sebagai bahan metabolit sekunder daripada kumpulan kulat tertentu. Kontaminasi mikotoksin dalam produk pertanian dan makanan berlaku di seluruh dunia termasuklah di negara kita. Ia meninggalkan kesan yang memudaratkan untuk kesihatan manusia dan juga meninggalkan impak buruk kepada ekonomi negara ini melalui kerugian yang dialami akibat penolakan hasil pertanian yang berkualiti rendah daripada dipasarkan. Kesan kesihatan yang dialami akibat pengambilan toksin ini dikenali sebagai Mycotoxicosis. Terdapat lebih daripada 400 jenis mikotoksin telah dikenal pasti setakat ini, namun empat jenis mikotoksin spesifik iaitu aflatoksin, fumonisin, okratoksin A dan zearalenon ialah mikotoksin yang sering diberi perhatian berikutan kesannya yang signifikan terhadap kesihatan manusia dan insiden pencemarannya yang sering terjadi. Ulasan artikel ini cuba meringkaskan senario kontaminasi mikotoksin dalam produk makanan dan pertanian di negara kita. Dari pelbagai laporan kajian yang diperoleh, didapati insiden kontaminasi toksin ini masih berlaku dalam produk Malaysia. Maka langkah yang lebih ketat diperlukan untuk mengawal dan seterusnya mengurangkan kontaminasi mikotoksin ini.

Teks Penuh (316 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.