L5: Varieti cili baharu yang berhasil tinggi

Suhana Omar, Norfadzilah Ahmad Fadzil, Salmiah Mahnoon dan Mohd Isa Darus

Ringkasan

L5 ialah varieti cili baharu yang berhasil tinggi, dibangunkan melalui kaedah Perwarisan Biji Tunggal (SSD) iaitu hasil kacukan antara dua induk terpilih, Ch 234-14 dan Ch 231. Cili L5 menunjukkan ciri penghasilan buah yang banyak melebihi 2 kg/pokok/musim. Ciri ini memberi lebihan nilai pada L5 berbanding dengan varieti tempatan yang sedia ada. Keupayaan menghasilkan buah yang banyak secara serentak menjadikan L5 sesuai untuk penanaman berskala besar. Dengan anggaran hasil 30 t/ha/musim (12 bulan), cili baharu ini dijangka dapat meningkatkan pendapatan tahunan penanam cili di negara ini. Peningkatan pengeluaran cili tempatan akan menyumbang kepada kestabilan harga cili dengan lebih kompetitif seterusnya mengurangkan import cili.

Teks Penuh (344 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2018 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.