Varieti padi berpotensi bagi pembangunan varieti padi spesialti

Category: Bil 21

Site Noorzuraini Abd Rahman, Rahiniza Kamaruzaman, Nur Idayu Abd Rahim, Mohd Ramdzan Othman dan Nor Sufiah Sebaweh 

Ringkasan
Penghasilan varieti padi spesialti menjadi objektif utama dalam program pembangunan varieti padi disebabkan oleh kehendak pasaran dan pemintaan pengguna. Melalui kajian ini, varieti padi berpotensi telah dikenal pasti bagi memacu pembangunan varieti padi spesialti negara. Lapan varieti didapati mempunyai bentuk biji padi yang panjang dan lonjong iaitu MRM 16, JIA-NONG-XIAN 41, IR 2003-P5-15-5-3, 2041 CR10-23-2, IR 2031-724-2-3-4, IR 1614-336-3, IR 1093-148-3-2 dan IR 1093-148. Selain itu, MRM 16, JIA-NONG-XIAN 41, IR 2031-724-2-3-4 dan IR 1093-148 juga mempunyai berat 1,000 biji yang tinggi. Manakala, kandungan amilosa sederhana didapati pada varieti RAFFELO, IR 1093- 148, ANGKATAN BARIT, BR52-8-1, BURMA SESAT, 2041 CR10-23-2 dan IR2031-724-2-3-4. Terdapat 11 varieti yang beraroma, tetapi hanya tiga varieti sahaja mempunyai aroma yang kuat iaitu JIA-NONG-XIAN 41, IR 1614-336-3 dan ANGKATAN BARIT. Varieti yang mempunyai ciri
pemanjangan beras selepas dimasak ialah ANGKATAN BARIT, 2041 CR10-23-1, NIHONHARA, KHAO LO, BR52-8-1, IR 1093-148, IET144 dan IR 2003-P5-15-5-3. Pengkelasan bagi 20 varieti berpotensi ini telah menghasilkan dua kumpulan utama. Kumpulan 1 kebanyakannya terdiri daripada varieti yang mempunyai bentuk padi yang panjang dan lonjong, berat 1,000 biji kurang daripada 25.0 g serta kandungan amilosa rendah. Kumpulan II kebanyakannya terdiri daripada varieti dengan kandungan amilosa sederhana dan tinggi serta berat 1,000 biji melebihi 25.0 g.

Teks penuh (2.56MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.