Teknik analisis kurkuminoid dalam bahan mentah dan produk rizom kunyit

Category: Bil 23

Ringkasan
Kunyit atau nama saintifiknya Curcuma longa atau sinonimnya Curcuma domestica adalah bahan yang penting dalam masakan. Penggunaannya sangat meluas dalam resipi masakan bukan sahaja dalam kalangan bangsa Melayu, tetapi juga digunakan oleh bangsa lain seperti India dan orang Eropah. Atas keperluan ini produk-produk berasaskan kunyit semakin meningkat di pasaran. Antaranya ialah produk-produk makanan, makanan kesihatan, makanan berfungsi dan produk perubatan. Bagi menentukan kesahihan produk berasaskan kunyit, satu kaedah analisis telah dibangunkan bagi melaksanakan verifikasi dan pembangunan produk usahawan menggunakan alat Kromatografi Cecair Berprestasi Tinggi atau High Performance Liquid Chromatography (HPLC). Kaedah ini menggunakan kolum jenis Phenomenex Kinetek C18, 250 mm x 4.6 mm dan saiz partikel 5 ?m. Alat HPLC menggunakan fasa gerak yang mengandungi campuran pelarut asetonitril/metanol/air (40:20:40), yang mengalir pada kadar 1.5 mL/minit. Pengesan yang digunakan ialah Diode Array Detector (DAD) yang memantau gelombang pada 370 nm. Kaedah ini boleh digunakan untuk memantau jumlah kurkuminoid dalam sampel rizom kunyit dan produk berasaskan kunyit. Sebatian kurkumin, demetoksikurkumin dan bisdemetoksikurkumin sesuai dijadikan sebatian kimia penanda untuk memantau kualiti bahan mentah kunyit dan juga produk berasaskan rizom kunyit.

Teks penuh (1.47MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.