Kajian berskala makmal bagi pengukuran kadar pemendapan (sedimentasi) menggunakan nisbah air yang berbeza bagi penghasilan kanji sagu basah

Category: Bil 24

Amir Syariffuddeen Mhd Adnan dan Ishak Hashim

Ringkasan
Kajian yang dijalankan menunjukkan nisbah berat sagu basah kepada kuantiti air mempengaruhi kadar pemendapan kanji sagu dalam proses pemendapan. Nisbah yang sesuai dapat memberikan kadar pemendapan yang konsisten dan efektif melalui proses pemendapan yang lebih singkat dengan penghasilan produk yang tinggi. Daripada dapatan kajian yang dijalankan, nisbah 1:2.5 (w/w%) dianggap nisbah yang paling optimum dari segi masa pemendapan yang singkat (25 minit) untuk hasil pemendapan mendap sepenuhnya serta menunjukkan kadar pemendapan yang konsisten dan tinggi. Nisbah optimum ini akan digunakan sebagai maklumat asas yang boleh membantu dalam pembangunan tangki pemendapan berskala industri bagi penghasilan kanji sagu basah oleh usahawan industri kecil dan sederhana di Sarawak.

Teks penuh (929KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.