Penilaian penderia pantulan spektra cahaya kanopi tanaman bagi menentukan kandungan nutrien pokok padi

Category: Bil 24

Badril Abu Bakar, Jusnaini Muslimin, Muhammad Naim Fadzli Abd. Rani dan Mohd. Aufa Mhd.

Ringkasan
Kajian ini bertujuan menilai penderia pantulan cahaya kanopi ACS-430 dalam membezakan aplikasi rawatan kadar nitrogen (N) yang berbeza pada varieti padi tempatan, Siraj 297 pada tahap pertumbuhan yang berbeza. Petak eksperimen dirawat dengan lima kadar aplikasi nitrogen berbeza 0, 50, 100, 150 dan 200 N kg/ha menggunakan kaedah reka bentuk blok lengkap secara rawak. Data penderia diambil setiap kali sebelum pembajaan dilakukan. Penilaian melibatkan analisis varians (ANOVA) dan analisis regresi antara variasi rawatan dan respons penderia. Hasil kajian menunjukkan penderia ini tidak mempunyai perbezaan yang signifikan terhadap variasi rawatan pada tahap awal pertumbuhan, tetapi tindak balas berkadar terus diperhatikan pada peringkat pembentukan tangkai dan peringkat bunting. Ini menunjukkan bahawa kesan variasi rawatan dapat dibezakan dengan ketara oleh penderia ini.

Teks penuh (738KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.