Kajian verifikasi dan validasi teknik biosensor untuk pengesanan awal penyakit jalur daun bakteria padi terhadap sampel terinfeksi secara aruhan pada tanaman padi

Category: Bil 25

Hazana Razali, Nur Azura Mohd Said, Mohd Shahrin Ghazali, Mohd Afendy Abdul Talib, Noor Azlina Masdor, Mohammad Rejab Ismail, Nor Fazmimi Nor Azeme, Kogeethavani Ramachandran dan Faridah Salam

Ringkasan
Satu sistem biosensor berasaskan antibodi untuk pengesanan awal penyakit jalur daun bakteria [bacterial leaf streak (BLS)] pada pokok padi telah dibangunkan. Bagi menilai keberkesanan kaedah biosensor ini, analisis terhadap sampel pokok padi yang diinfeksi penyakit secara aruhan telah dilaksanakan. Keputusan yang diperoleh dibandingkan dengan kaedah konvensional serta pengecaman simptom. Satu graf piawai untuk aplikasi biosensor ini dibangunkan dalam matriks daun padi yang digunting. Sampel infeksi disediakan melalui penanaman pokok padi sihat dengan inokulasi bakteria Xanthomonas oryzae pv. oryzicola (Xoc) 1585 dalam persekitaran rumah jaring yang terkawal. Sebanyak enam rawatan inokulasi bakteria (n = 3) dengan dua teknik aruhan berbeza (menggunakan berus dan kertas pasir) pada kepekatan bakteria Xoc 0, 104 and 108 CFU mL-1 telah dijalankan. Sampel daun padi teraruh diambil pada setiap dua hari sehingga hari ketujuh dan pada hari ke-14. Sampel-sampel aruhan inokulasi dianalisis dengan kaedah biosensor menggunakan antibodi poliklonal terhadap Xoc dan pengukuran arus yang terhasil daripada tindak balas antibodi-konjugasi HRP dengan substrat TMB dicerap secara chronoamperometry. Analisis keputusan biosensor ini dibandingkan dengan teknik konvensional ELISA dan kedua-dua teknik ini menunjukkan korelasi yang baik iaitu 90% untuk 90 sampel dan tiada bakteria atau kehadiran penyakit yang dikesan pada rawatan kawalan menggunakan air suling (T1 dan T4). Sistem biosensor yang dibangunkan berupaya mengesan kehadiran bakteria Xoc seawal hari pertama selepas aruhan dan sebelum muncul simptom penyakit.

Teks penuh (339KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.