Kawalan rumpai pada tanaman padi organik

Category: Bil 25

Mohamad Rodzi Shafiee, Nurul Ain Abdul Aziz, Bashiroh Ahmad, Mohamad Najib Mohd Yusof dan Chong Tet Vun

Ringkasan
Rumpai merupakan masalah utama dalam sistem penanaman padi organik. Kawalan rumpai adalah lebih intensif di sawah organik berbanding dengan sawah bukan organik yang menggunakan racun rumpai sintetik. Rumpai di sawah padi organik perlu dikawal pada setiap peringkat pertumbuhan pokok dan sepanjang penanaman padi. Petani dinasihatkan menggunakan kaedah mencedung untuk menanam padi organik supaya aktiviti kawalan rumpai lebih mudah dilakukan. Kawalan rumpai di dalam sawah padi organik boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah, iaitu secara pembajakan tanah yang berulang kali, pengekalan kedalaman air 5 – 10 cm sepanjang 135 masa pertumbuhan padi supaya dapat merencat pertumbuhan rumpai, pelepasan itik masuk ke dalam sawah di mana itik akan makan rumpairumpai di dalam sawah, membiakkan Azolla di dalam sawah selepas petak dimasukkan air akan membolehkan Azolla membentuk satu lapisan atas permukaan air yang boleh merencat pertumbuhan rumpai, kaedah mencabut rumpai secara manual atau penggunaan mesin merumput weeder dan pembakaran jerami selepas aktiviti penuaian juga merupakan kaedah yang berkesan untuk mengawal rumpai di dalam sawah padi organik.

Teks penuh (280KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.