Pemerkasaan pengurusan pembiakbakaan Ayam Saga menerusi Amalan Perladangan dan Penternakan yang Baik (GAHP-MyGAP) di ladang pembiakbaka (GP)

Category: Bil. 28

Roziatul Erin Abdul Razak, Nooraisyah Saharani, Azlina Azma Ismail Affendde dan Noraini Samat

Ringkasan
Manual Pengurusan Amalan Perladangan yang Baik (GAHP-MyGAP) Ladang Baka Ayam Saga ini dibangunkan untuk diguna pakai di ladang pembiakbaka (GP) dan ladang baka (PS) ayam kampung terutamanya Ayam Saga yang mempunyai ciri-ciri ayam kampung. Ia bertujuan untuk memberikan maklumat yang berkaitan dengan pengurusan induk dan pejantan ayam kampung GP dan pengeluaran anak ayam PS yang merangkumi pengurusan ternakan di ladang, pengurusan penetasan, pengurusan kesihatan ternakan dan biosekuriti serta pengurusan peralatan dan infrastruktur dan penyelenggaraan. Manual ini juga bertujuan untuk menetapkan format yang seragam dan berkualiti untuk penyediaan rekod yang relevan, di samping memperkukuh dan mempersiapkan pengurusan dan pemeliharaan ayam GP ke arah memenuhi syarat pensijilan MyGAP. Melalui penyediaan rekod dan amalan mengikut manual ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penternak, usahawan dan petugas yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan Ladang GP Ayam Saga.

Teks penuh (258KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.