Penghasilan pelet ikan berskala kecil dengan teknik penyemperitan

Category: Bil. 28

Yong Su Ting, Arifen Abd Wahab dan Tang Hooi Chia

Ringkasan
Makanan ikan kian mendapat perhatian di pasaran berikutan perkembangan pesat industri akuakultur di Malaysia. Namun begitu, penghasilan makanan ikan yang berkualiti haruslah dipastikan mencukupi untuk menggalakkan perkembangan industri ini. Dalam pemprosesan makanan ikan, penggunaan teknik penyemperitan membantu menghasilkan pelet yang berkualiti untuk mempercepat kadar pertumbuhan ikan. Tepung gandum, kanji gandum, kanji jagung dan kanji ubi kayu adalah antara agen pengikat semula jadi dan dapat menghasilkan pelet ikan yang mempunyai kestabilan air yang tinggi. Faktor-faktor penting dalam pemprosesan pelet termasuklah haba, tekanan dan kelembapan penting dalam pemprosesan pelet. Pemprosesan pelet ikan sendiri oleh penternak dan pengusaha kecil dengan penggunaan teknik penyemperitan memainkan peranan penting untuk jaminan bekalan makanan ikan yang mencukupi, mengurangkan kebergantungan kepada bahan-bahan mentah import, meningkatkan pendapatan penternak ikan dan membolehkan sektor akuakultur kekal berdaya saing dan mampan.

Teks penuh (201KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.