Teknologi mekanisasi pengeluaran nanas di tanah gambut – Pengubahsuaian traktor sebagai penggerak utama mekanisasi

Category: Bil. 29

Rohazrin Abdul Rani dan Adli Fikri bin Ahmad Sayuti

Ringkasan
Pengeluaran nanas di tanah gambut sukar dijalankan dengan sistem mekanisasi sedia ada seperti yang diguna pakai untuk pengeluaran tanaman di tanah mineral kerana keupayaan galas tanah gambut tidak kuat untuk menampung berat jentera. Keupayaan galas tanah gambut hanya didapati tinggi dalam lingkungan 5 – 20 cm dari permukaan tanah iaitu dengan nilai tekanan tusukan 0.15 – 0.25 Mpa. Sebuah traktor Kubota L3800 telah diubah suai sebagai penggerak utama mekanisasi pengeluaran nanas di tanah gambut. Pengubahsuaian yang telah dijalankan adalah menukar keempat-empat rodanya kepada trek getah dan menaikkan kelegaan buminya daripada 340 mm kepada 800 mm. Penggunaan trek getah boleh mengurangkan tekanan permukaan bumi traktor tersebut daripada 0.08 MPa bagi yang beroda biasa kepada 0.0075 Mpa. Kini, pelbagai jenis implemen yang sedia ada di pasaran boleh diguna pakai. Ladang perlu mempunyai jalan ladang berukuran 2.5 m lebar, ruang untuk traktor membuat pusingan “U” berukuran sekurang-kurangnya 5.0 m lebar dan jarak tanaman mengikut jarak roda traktor. Penggunaan mekanisasi dalam pengeluaran nanas di tanah gambut bukan sahaja memberi peluang untuk peningkatan produktiviti pengeluaran malah dapat mengurangkan kebergantungan kepada buruh ladang. Ini secara langsung dapat meningkatkan daya saing pengeluaran nanas Malaysia dengan negara luar dan menjamin bekalan nanas untuk pasaran tempatan dan eksport.

Teks penuh (2.15MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.