Teknologi kadar boleh ubah (VRT) pertanian tepat bagi penanaman padi

Category: Bil. 29

Mohd Shahril Shah Mohamad Ghazali, Mohamad Aufa Mhd. Bookeri, Muhammad Naim Fadzli Abd. Rani, Badril Abu Bakar, Mohd Syaifudin Abd. Rahman, Mohd Nadzim Nordin, Teoh Chin Chuang, Mohd Shahmihaizan Mat Jusoh, Mohd Taufik Ahmad, Mohd Khusairy Khadzir, Mohamed Fauzi Md. Isa, Mohamad Haniff Ahmad, Mohamad Fakhrul Zaman Omar, Eddy Herman Sharu, Mohd Fitri Masarudin, Siti Norsuha Misman, Norlida Mohamed Hamim, Hairazi Abdul Rahim dan Chong Tet Vun

Ringkasan
Pengurusan kebolehubahan amat penting dalam bidang pertanian tepat. Ia bermula daripada aktiviti penyediaan tanah sawah, penaburan benih, penjagaan tanaman sehinggalah penuaian. Aktiviti penyediaan tanah, penaburan benih dan penjagaan tanaman amat kritikal kerana mempengaruhi hasil pengeluaran. Oleh itu, MARDI telah membangunkan beberapa teknologi bagi menguruskan kebolehubahan bagi aktiviti tersebut. Teknologi perataan tanah menggunakan sistem GNSS akan mengumpul data kerataan tanah di dalam plot sawah, seterusnya peta rawatan penaburan benih secara kadar boleh ubah akan dihasilkan dan digunakan bagi mendapatkan penapakan tanaman yang seragam dan baik. Setelah itu, pengambilan data melalui pengimejan udara dan data lapangan masa sebenar dilakukan berdasarkan parameter kanopi, saiz pucuk, populasi tanaman, warna kanopi dan kandungan klorofil menggunakan SPAD klorofil meter dan kemudiannya data-data ini akan dikorelasikan berdasarkan model Indeks kawasan hijau (GAI). Peta rawatan pembajaan secara kadar boleh ubah akan dihasilkan bagi menguruskan kebolehubahan tanaman seterusnya aplikasi pembajaan dapat dilaksanakan mengikut keperluan tanaman. Aplikasi pembajaan dilaksanakan menggunakan traktor berkelegaan tinggi dan penabur cakera berputar yang dilengkapi sistem automatik dan GNSS.

Teks penuh (2.54MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.