Teknologi pengetinan ayam herba kacangma
Chua Hun Pin, Nicholas Daniel, Teresa Anie Meng, Hazijah Mohd Hossen dan Zakaria Abdul Rahman
Ringkasan
Kacangma (Leonurus sibiricus) ialah herba tradisional yang telah sekian lama digunakan oleh penduduk Sarawak sebagai herba ubatan dan makanan kesihatan. Ia juga digunakan sebagai ramuan dalam masakan disebabkan khasiat dan rasa herbanya yang unik. Usaha telah diambil untuk mempertingkat penggunaan herba kacangma melalui pembangunan produk bernilai komersial. Formulasi dan teknologi pengetinan ayam herba kacangma telah dibangunkan. Produk ini telah ditinkan dan diretort pada suhu 121 °C dalam mesin retort bertekanan. Kajian penembusan haba, ujian mikrobiologi, ujian fizikal dan ujian nilai rasa menunjukkan proses terma dengan nilai Fo pada 8.36 adalah mencukupi untuk menghasilkan produk yang steril secara komersial.