Teknik dan amalan penggredan dalam penentuan kematangan tembikai

Category: Bil. 31

Amir Syariffuddeen Mhd Adnan, Badaruzzaman Mohd Noh dan Masniza Sairi

Ringkasan
Teknik tanpa musnah dalam penilaian kualiti dalaman tembikai melalui penggunaan sensor koaksial terbuka untuk penilaian sifat fizikokimia dan dielektrik tembikai telah dikaji. Sifat fizikokimia seperti kandungan kelembapan (% m.c.) dan kandungan pepejal terlarut (SSC) mempunyai hubungan kolerasi dengan tempoh kematangan buah tembikai iaitu belum matang, separa matang dan matang. Sifat fizikokimia ini boleh digunakan sebagai indikator untuk menentukan peringkat kematangan buah tembikai. Namun dalam kajian ini, kandungan kelembapan (% m.c.) sahaja digunakan sebagai indikator untuk menentukan peringkat kematangan buah tembikai. Daripada keputusan kajian di atas, terdapat nilai hubungan korelasi antara sifat dielektrik dan sifat fizikokimia seperti kandungan kelembapan buah tembikai, serta juga terdapat nilai hubungan korelasi antara sifat fizikokimia seperti kandungan kelembapan buah tembikai dengan tahap kematangan buah tembikai. Maka dapat dibuat kesimpulan bahawa sifat dielektrik buah tembikai boleh digunakan untuk menentukan tahap kematangan buah tembikai seperti belum matang, separa matang dan matang. Penentuan tahap kematangan dan kandungan kelembapan buah tembikai dilaksanakan dengan menggunakan nilai sifat dielektrik buah tembikai pada frekuensi 1 GHz. Melalui persamaan penentukuran (m.c. = 0.0001 ????’3 - 0.0190 ????’2 + 1.3215 ????’ + 66.4977 dan m.c. = 0.0236 ????”2 - 0.5120 ????” + 95.2378 ), nilai sifat dielektrik buah tembikai digunakan untuk menentukan kandungan kelembapan buah tembikai dan seterusnya dapat menentukan tahap kematangan buah tembikai. Justeru, kajian yang telah dilakukan MARDI berkaitan sifat dielektrik ini boleh dijadikan sebagai teknik tanpa musnah yang berpotensi dalam pemeriksaan awal kualiti buah tembikai sekali gus membantu dalam aktiviti penggredan tembikai yang lebih moden dan tepat.

Teks penuh (1.72MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.